Wednesday, January 31, 2007

Apa itu haluan kiri?


Ramai yang masih keliru dengan istilah sebenar aliran politik 'haluan kiri'.

Dalam buku-buku sejarah sukatan sekolah menengah Malaysia, istilah 'haluan kiri' dan juga 'sayap kiri' telah digunakan tanpa diberikan apa-apa penjelasan yang sepatutnya sehingga secara tidak sedar telah mengalihkan maksud sebenar haluan kiri.

Politik haluan kiri atau sayap kiri dalam istilah inggerisnya 'left wing politics' adalah katanama lain bagi aliran politik Sosialisma* atau Socialism. Kekeliruan ini telah disuburkan secara sengaja atau tidak sengaja oleh penulis-penulis dan wartawan arus perdana termasuklah para sejarawan yang kurang faham dan kurang jelas dengan maksud sebenar haluan kiri dengan menganggap dan menafsirkan setiap aliran politik, parti politik atau tokoh politik yang membangkang atau bertentangan dasarnya dengan parti politik yang memerintah sebagai haluan kiri.

Adalah penting untuk dijelaskan disini bahawa aliran politik haluan Kiri dan sayap kiri sebetulnya adalah aliran sosialisma.

*
Ejaan bagi socialisme dalam bahasa melayu kadangkalanya ditulis sebagai sosialisme selain dari sosialisma.

Posted by simpang-kiri @ 5:04 AM

Read or Post a Comment

thanx for ur info!

Posted by Blogger Prince of Jerusalem @ 3:08 AM #
 
<< Home

Introduction

SIMPANG KIRI is a modest attempt by the author to shed more light on the history of the left wing movement and the contribution of socialism in the stuggle against colonialism and imperialism, particularly in Malaysia and South East Asia.

Propaganda

"Propaganda must not serve the truth especially not insofar as it might bring out something favourable for the opponent"

"Through clever and constant application of propaganda, people can be made to see paradise as hell, and also the other way round, to consider the most wretched sort of life as paradise"

- Adolf Hitler

Alat Tukang Kiri