Sunday, December 17, 2006

Mukadimah Simpang-kiri


Sejarah penuh dengan kemungkinan-kemungkinan yang tidak tercapai. Perjalanan sejarah itu sendiri melalui pelbagai persimpangan. Adakalanya persimpangan yang ditempuh oleh sejarah itu menjadi begitu penting sehingga mencetuskan pergerakan, pencapaian,pertentangan dan pergolakan yang kemudiannya mempengaruhi pembentukan keadaan-keadaan waktu itu dan zaman sesudahnya.

Manusia sebenarnya tidak dapat melarikan diri atas hakikat bahawa mereka sebenarnya sedang berjalan diatas detik sejarah.

Persimpangan -persimpangan yang pernah dilalui oleh manusia silam, kadangkalanya tertutup jalannya dari pengetahuan manusia masakini. Ini berlaku atas beberapa sebab. Antara sebab-sebab utamanya adalah kejahilan, ketidakpedulian serta hilangnya sumber maklumat sahih dalam usaha menggelidah dan merakam kembali sejarah dan peristiwa lampau.

Seringkali persimpangan-persimpangan yang didakwa dan diyakini telah ditempuhi oleh bingkai-bingkai sejarah gagal diteroka kerana tiadanya upaya pembuktian. Simpang-simpang sejarah itu tinggal menjadi laluan yang usang, sepi dan kaku. Sejarah menagih bukti. Adakalanya bukti yang ada hanyalah cebisan lembaran-lembaran tulisan yang telah dimakan sejarah sebagai bukti rakaman sesuatu peristiwa. Adakalanya bukti itu tidak lebih dari tulang belulang pemain-pemain sejarah masa silam. Tanpa upaya mengemukakan bukti dan dalil, nilai sesuatu persejarahan itu akan hanya menjadi kumpulan cerita-cerita hikayat,dongeng dan mitos.

Kecenderungan untuk menyegetkan keseimbangan dalam pengkajian dan penelitian berkaitan persimpangan- persimpangan sejarah sering juga timbul akibat pengaruh sentimen peribadi yang dipengaruhi oleh suasana persekitaran zaman yang membentuk sesuatu fahaman dan kecenderungan tersebut. Untuk melihat jalan sejarah dan simpang-simpangnya dengan lebih luas dan adil, sentimen yang tidak dapat dihujahkan secara tersusun dengan bukti dan dalil yang jelas perlu dirombak, dipecahkan dan dibangunkan semula asasnya-asasnya.

Namun selain dari itu sekiranya diperhalusi dengan cermat, terdapat juga usaha-usaha secara sistematik untuk melupuskan persimpangan-persimpangan sejarah itu atas sebab untuk mengkonstrukkan kembali pemahaman masyarakat mengikut acuan kelas yang memerintah. Sebarang maklumat dan bukti sejarah yang boleh menggugat hegemoni kelas pemerintah akan dipadamkan, dipencilkan dan diminimakan peranan dan pengaruhnya melalui saluran dan punca maklumat yang dikuasai oleh penguasa pada sesuatu zaman itu.

Pada tahun 2007 ini akan genaplah 50 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan sepertimana yang kita semua fahami melalui kefahaman yang telah dikonstrukkan oleh pemuka-pemuka sejarah dan juga oleh pemenang yang mengawal sejarah. Menjadi maksud dan tujuan blog ini adalah untuk membentangkan kembali sudut-sudut dan simpang-simpang sejarah yang telah tercicir dalam pemahaman sejarah arus perdana tanahair. Lebih-lebih lagi adanya peningkatan minat dan kesedaran baru dikalangan masyarakat termasuk dikalangan ahli akademik dan golongan karyawan untuk mengkaji dan membongkar kembali sudut-sudut dan simpang-simpang yang telah dilalui dan diteroka dalam jadual sejarah tanahair kita.

Laman blog
Simpang-kiri diwujudkan khusus dengan tujuan untuk menggali kembali satu persimpangan penting yang telah dilalui oleh sejarah tanahair dan serantau. Simpang itu ialah simpang kiri.

Posted by simpang-kiri @ 2:29 AM

Introduction

SIMPANG KIRI is a modest attempt by the author to shed more light on the history of the left wing movement and the contribution of socialism in the stuggle against colonialism and imperialism, particularly in Malaysia and South East Asia.

Propaganda

"Propaganda must not serve the truth especially not insofar as it might bring out something favourable for the opponent"

"Through clever and constant application of propaganda, people can be made to see paradise as hell, and also the other way round, to consider the most wretched sort of life as paradise"

- Adolf Hitler

Alat Tukang Kiri